Dua remaja perempuan 12 tahun disyaki terlibat lumba haram

Iklan
Antara penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Dua remaja perempuan berusia 12 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram di Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail, di sini, pada Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata kedua-dua remaja itu antara 38 penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi bermula pada jam 12 tengah malam.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua remaja itu menunggang motosikal yang telah diubah suai, termasuk ekzos dan brek, selain melakukan pelbagai kesalahan lain,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Ihya Ramadan JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Khamis.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah; Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan; dan Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam.

Iklan

Menurut Aedy Fadly, operasi itu dijalankan susulan aduan awam mengenai gangguan serta aktiviti lumba haram di kawasan berkenaan.

"Sebanyak 38 motosikal diperiksa dan daripada jumlah itu, 19 motosikal disita atas pelbagai kesalahan. Kita turut mengeluarkan 196 notis kompaun dalam operasi ini,” katanya.

Iklan

Beliau menambah, kesalahan tiada lesen memandu merupakan pelanggaran tertinggi yang direkodkan JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam operasi tersebut.

"Kita juga telah memanggil ibu bapa kepada dua remaja terbabit untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.