Rayuan Syed Saddiq tangguh kerana pendakwa raya tidak sihat

Iklan
Syed Saddiq (kiri) tiba di Istana Kehakiman pagi Khamis. Foto Bernama

PUTRAJAYA – Selepas dua hari hujahan rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman, empat kesalahan berkaitan dana Armada berlangsung, Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis, menangguhkan prosiding kepada 17 April depan.

Mahkamah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan tidak dapat meneruskan hujahan kerana mengalami sakit tekak.

Iklan
Iklan

Semasa prosiding di hadapan panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan tidak dapat meneruskan hujahan kerana mengalami sakit tekak.

Wan Shaharuddin berkata, banyak fakta yang perlu dihujahkan dan beliau memerlukan antara 45 minit untuk berbuat demikian.

Iklan

Bagaimanapun, beliau berkata, kesukaran berbicara menyebabkan hasrat berkenaan tidak dapat dilunaskan.

"Saya mohon, mahkamah membenarkan prosiding ini bersambung selepas sambutan Aidilfitri pada bulan hadapan.

Iklan

"Sebolehnya saya mahu habiskan hujahan hari ini juga, namun saya tak tahu nak buat macam mana dah sebab sakit,” katanya.

AKAN MENYUSUL