21 maut, lebih 6,400 cedera dalam perayaan Chaharshanbe Suri

Iklan
Rakyat Iran menyalakan bunga api semasa perayaan Chaharshanbe Suri, yang diadakan setiap tahun pada malam Rabu terakhir sebelum cuti musim bunga Nowruz, di Tehran. Foto AFP

ISTANBUL/TEHRAN - Sekurang-kurangnya 21 orang maut manakala 6,419 lagi cedera semasa perayaan Chaharshanbe Suri, iaitu festival api tahunan di Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan pihak berkuasa pada Rabu.

Festival yang diraikan pada malam Rabu sebelum Nowruz - Tahun Baharu Parsi - menyaksikan penduduk di Tehran dan bandar-bandar lain menyalakan api serta melompat melepasinya, selain bermain bunga api, mercun dan juga bahan letupan buatan sendiri.

Iklan
Iklan

Meskipun Jabatan Polis Tehran memberi amaran keras serta menggunakan dron bagi memantau penggunaan bahan letupan, beberapa insiden tetap berlaku hingga mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Iran mengesahkan 18 daripada mangsa masih kritikal.

Iklan

Wilayah Tehran, Azerbaijan Timur dan Azerbaijan Barat mencatatkan jumlah kecederaan tertinggi. - Bernama-Anadolu

Iklan