Tanjak makin dikenali di Texas

Iklan
Ayez Shaukat diberi peranan sebagai hero dalam rancangan Reality of Wrestling yang disiarkan di saluran CW Network.

SIAPA sangka tanjak atau tengkolok, hiasan kepala tradisional dengan pelbagai ikatan yang sinonim dengan budaya Melayu, kini semakin dikenali di Amerika Syarikat (AS).

Lebih mengejutkan, popularitinya berkembang pesat di Texas, terutamanya dalam kalangan peminat gusti profesional.

Iklan
Iklan

Fenomena ini didorong oleh Ayez Shaukat Fonseka Farid, penggusti profesional negara yang kini beraksi di APAC Wrestling.

Ayez Shaukat kini menempa nama di AS.

Iklan

Keunikan penampilannya dengan tanjak bukan sahaja menarik perhatian peminat di gelanggang, malah mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan peminat gusti di negara Uncle Sam itu.

"Di Reality of Wrestling, semakin ramai yang bertanya tentang tanjak. Mereka ingin tahu apa maksudnya dan di mana boleh mendapatkannya," kata Ayez dengan bangga.

Iklan

Lebih membanggakan, tanjak bukan sahaja menarik perhatian di arena gusti, malah dipertontonkan kepada ratusan ribu penonton secara langsung menerusi The CW Network, salah satu saluran televisyen nasional utama di AS.

Ayez Shaukat memberikan tanjak dipakainya kepada seorang peminat di rancangan Reality of Wrestling.

Menurut Ayez, dalam dunia gusti, imej dan watak memainkan peranan penting.

Selepas diberi kepercayaan oleh produksi Reality of Wrestling untuk memegang watak sebagai hero, Ayez mengetengahkan tanjak sebagai simbol keunggulan dan keberanian.

Bagi penggusti berusia 37 tahun itu, ini adalah peluang besar untuk memperkenalkan identiti Malaysia di peringkat antarabangsa.

Katanya, ia bukan sekadar gaya, tetapi juga penghormatan kepada sejarah dan budaya nenek moyang.

"Ini sekurang-kurangnya yang saya boleh lakukan untuk memperkenalkan budaya kita kepada dunia," tambahnya.

Selain tanjak, Ayez turut mengenakan jaket songket eksklusif hasil rekaan Paul Carling, seorang pereka fesyen dari Sarawak yang terkenal dengan busana pertandingan ratu cantik di Borneo.

Sentuhan tradisional ini semakin mengukuhkan lagi elemen budaya Malaysia dalam dunia gusti profesional.

Seorang peminat teruja selepas dipakaikan tanjak oleh Ayez Shaukat.

Fenomena Ayez di CW Network membuktikan bahawa warisan Melayu bukan hanya terhad di Nusantara, tetapi mampu menarik perhatian masyarakat global.

"Selagi ada peluang, budaya Malaysia pasti boleh terus berkembang di pentas dunia," katanya.