KAPTEN pasukan Test England, Ben Stokes mengesahkan beliau telah menjalani pembedahan yang berjaya selepas terkena bola kriket di muka.
Pemain serba boleh berusia 34 tahun itu minggu lalu memuat naik gambar di Instagram yang menunjukkan matanya bengkak teruk dan lebam, luka ringan di pipi dan bibir serta pembalut dimasukkan ke dalam hidung.