Banjir Johor: Mangsa meningkat kepada 753, 10 PPS dibuka
Iklan
Mangsa banjir dibawa keluar dari kawasan kediaman yang sudah dinaiki air.
JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di Johor semakin memburuk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 753 orang daripada 221 keluarga, berbanding hanya 68 mangsa malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Azmi Rohani berkata, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) sudah bertambah kepada 10, membabitkan tiga daerah iaitu Johor Bahru, Kulai dan Pontian setakat jam 4 pagi pada Khamis.
Iklan
Iklan
"Johor Bahru mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 461 orang yang ditempatkan di enam PPS.
"Di Kulai pula, seramai 235 mangsa direkodkan di dua PPS, manakala Pontian mencatatkan 57 mangsa di dua PPS,” katanya dalam satu kenyataan.
Iklan
Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara dibuka di tiga daerah iaitu Johor Bahru, Kulai dan Pontian setakat jam 4 pagi, Khamis.
Tambah beliau, antara PPS baharu yang dibuka ialah Dewan MBIP Skudai, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pu Sze dan Balairaya Komuniti Kampung Pasir di Johor Bahru, termasuk dua lagi di Kulai serta Pontian.
Iklan
Pada masa sama, Azmi memaklumkan bahawa tiada kes kematian dilaporkan, namun paras air sungai di beberapa kawasan menunjukkan peningkatan dengan bacaan melebihi tahap amaran.
Ujarnya, antara sungai yang mencatat kenaikan paras air ialah Sungai Siam di Kulai yang kini berada pada 20.85 meter, melepasi paras bahaya iaitu 20.70 meter.
Anggota keselamatan membantu penduduk berpindah.
"Begitu juga di Sungai Ayer Hitam, Pontian pada 5.35 meter (bahaya: 5.50 meter) dan Sungai Pulai di Pontian pada 2.90 meter (bahaya: 3 meter).
"Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
"Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Facebook Angkatan Pertahanan Awam Negeri Johor atau menghubungi bilik operasi bencana di talian 07-2322484/5 atau WhatsApp 019-2127215,” ujarnya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.