Warga Johor Bahru tak rasa gegaran gempa bumi
Iklan
Warga bandar raya ini, mengakui tidak menyedari gegaran akibat gempa bumi sederhana yang berlaku di luar pantai barat Sumatera Utara pada jam 6.22 pagi tadi. Foto dari kiri: Mohd Riduan, Mustapha dan Fauzi
JOHOR BAHRU – Orang ramai khususnya warga bandar raya ini, mengakui tidak menyedari gegaran akibat gempa bumi sederhana yang berlaku di luar pantai barat Sumatera Utara pada jam 6.22 pagi tadi.
Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata penduduk yang ditemui tidak mengetahui berlakunya gegaran, meskipun laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan gegaran dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Iklan
Iklan
Seorang kakitangan kerajaan, Fauzi Zaid, 58, berkata, langsung tidak merasakan sebarang gegaran pada pagi kejadian.
"Saya tidak perasan langsung sebarang gegaran seperti yang diperkatakan. Malah, semasa solat di masjid, saya tidak rasa terbuai atau bergoyang. Mungkin ada gegaran di tempat lain, tetapi di Johor saya rasa tidak ada," katanya.
Iklan
Pendapat itu disokong oleh seorang pesara polis, Mustapha Mohd Zamri, 58, yang juga tidak merasai sebarang gegaran.
"Di sini memang tiada rasa gegaran. Orang ramai pun tidak bercakap tentang perkara ini. Mungkin ada, tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Apa pun, kita harap tidak berlaku gegaran lebih kuat pada masa akan datang kerana ia boleh mengundang kejadian tidak diingini," katanya.
Iklan
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Asmau’l Husna, Mohd Riduan Siddik, 44, turut berkongsi pandangan yang sama.
"Saya tidak perasan langsung gegaran tersebut. Mungkin ada, tetapi terlalu lemah untuk dirasai. Syukurlah, tiada apa-apa kejadian buruk berlaku akibat gempa bumi ini," katanya.
Laporan MetMalaysia menyebut, gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter itu berlaku di kedudukan 0.7 darjah utara dan 98.5 darjah timur, kira-kira 111 kilometer ke barat daya Padang Sidempuan, Indonesia, pada kedalaman 10 kilometer.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.