80,000 kenderaan dijangka masuk Terengganu sempena Aidilfitri
Iklan
JPJ Terengganu menjangkakan sekitar 70,000 hingga 80,000 kenderaan akan memasuki negeri itu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. (Gambar kecil: Mohd Zamri) Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menjangkakan sekitar 70,000 hingga 80,000 kenderaan akan memasuki negeri itu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Pengarah JPJ Terengganu, Mohd Zamri Samion berkata, peningkatan jumlah kenderaan dijangka bermula pada 28 Mac, dengan kemuncak kesesakan berlaku pada 29 dan 30 Mac menjelang sambutan perayaan tersebut.
Iklan
Iklan
"Dalam tempoh itu, kesesakan aliran trafik dijangka tertumpu di lebuh raya utama dan jalan persekutuan.
"Selepas musim perayaan, kita menjangkakan kesesakan teruk berlaku pada 5 dan 6 April apabila perantau mula kembali ke ibu kota dan negeri-negeri lain," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Iklan
Jelasnya, antara langkah diambil termasuk rondaan berterusan (POBC) selama 16 jam sehari yang akan dipanjangkan kepada 24 jam pada 29 dan 30 Mac serta 5 dan 6 April, selaras dengan Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan.
"Anggota JPJ juga ditempatkan di lokasi-lokasi strategik bagi memantau keadaan trafik, membantu penyuraian kenderaan, serta memberi bantuan kecemasan sekiranya diperlukan.
Iklan
"Pemantauan secara terbuka dan tersembunyi (overt & covert) juga akan dilakukan di kawasan berisiko tinggi atau 'blackspot' bagi mengesan pemandu yang melakukan kesalahan seperti memandu secara berbahaya dan melanggar lampu isyarat," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati perantau agar merancang perjalanan dengan baik dan sentiasa mengutamakan keselamatan.
"Keselamatan di jalan raya bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi bermula dengan sikap setiap pemandu.
"Jangan pandu dalam keadaan letih atau mengantuk, pastikan kenderaan diselenggara dengan baik, dan elakkan memandu secara agresif," ujarnya.
Selain itu, katanya, pengguna jalan raya diminta supaya mematuhi peraturan dan mengelak sebarang tindakan yang boleh membahayakan diri serta pengguna lain.
"Kita tidak mahu kegembiraan menyambut Aidilfitri bertukar menjadi tragedi. Hargailah nyawa dan sayangilah keluarga," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>