Polis tahan pemandu lori sampah bawa senjata buku lima

Iklan
Seorang pemandu lori sampah ditahan susulan penemuan senjata jenis buku lima dalam kenderaan dipandunya, semalam. Gambar hiasan

GEORGE TOWN - Seorang pemandu lori sampah ditahan susulan penemuan senjata jenis buku lima dalam kenderaan dipandunya, semalam.

Polis Barat Daya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook hari ini, memaklumkan senjata itu ditemukan dalam papan pemuka lori sampah berkenaan ketika pemeriksaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini.

Iklan
Iklan

"Suspek berusia 44 tahun ditahan untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," menurut kenyataan itu.

Dalam kes berasingan, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam penyeludupan petrol di sebuah stesen minyak di Jalan Paya Terubong, Relau dekat Bayan Lepas.

Iklan

Suspek ditahan ketika sedang mengisi petrol RON95 dalam kuantiti besar ke tangki simpanan dua lori dengan jumlah keseluruhan dianggarkan 3,900 liter.

Selain dua lori digunakan bagi menyeludup petrol itu, polis turut merampas 12 tong tangki simpanan petrol, empat resit pembelian bahan api dan dua telefon bimbit daripada suspek.

Iklan

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. - Bernama