Sanggup gadai nyawa demi swafoto di landasan kereta api

Iklan
Tindakan dua wanita ini dikecam orang ramai. Foto Agensi

VINH PHUC – Tular di media sosial rakaman dua wanita yang mempertaruhkan nyawa dengan bergambar di atas landasan kereta api di wilayah Vinh Phuc, utara Vietnam, tanpa menghiraukan bahaya.

Kejadian sekitar jam 5.20 petang waktu tempatan pada 12 Mac berhampiran Stesen Huong Lai, Bandar Vinh Yen itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila kedua-duanya tetap berdiri di atas landasan meskipun pemandu kereta api membunyikan hon berkali-kali sebagai amaran.

Iklan
Iklan

Berdasarkan video yang tersebar, mereka bergegas ke tepi apabila kereta api sudah berada dalam jarak lima meter.

Malah, pemandu yang berang bertindak menyimbah air ke arah mereka sebagai tanda protes.

Iklan

Perbadanan Kereta Api Vietnam mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut.

Menurut peraturan semasa, mana-mana individu yang bergambar atau berswafoto di atas landasan kereta api boleh dikenakan denda antara VND300,000 hingga VND500,000 (RM52 hingga RM87).

Iklan

Tindakan kedua-dua wanita itu bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, malah turut mengundang risiko kepada pemandu dan penumpang kereta api.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan perbuatan berbahaya seperti ini semata-mata untuk kandungan media sosial. - Agensi