'Beli baju raya di bazar lebih yakin, jika di 'online' takut rugi'
Iklan
Najwa Arinah (kiri) melihat kualiti kain, corak serta warna kerana beli dalam talian kadangkala warna dilihat berbeza apabila diterima. Foto dari kiri: Syazwani, Asyraf
KOTA BHARU – Orang ramai di sini masih memilih pembelian secara terus berbanding dalam talian kerana ia lebih selamat selain membolehkan mereka melihat barangan secara langsung sebelum membeli.
Tinjauan Sinar Harian di Bazar Aidilfitri Jalan Parit Dalam pada Ahad malam mendapati masih ramai yang membeli-belah secara fizikal kerana ingin melihat dan mencuba barangan sebelum membuat keputusan pembelian.
Iklan
Iklan
Seorang ibu kepada empat anak, Syazwani Mohd Yusof, 36, berkata, dia tidak gemar membeli dalam talian kerana pengalaman lepas menyebabkan kerugian apabila pakaian yang dibeli tidak muat.
"Daripada pengalaman itu, saya bersama suami dan anak-anak lebih selesa ke kedai atau bazar Aidilfitri untuk memilih serta mencuba pakaian sebelum membeli.
Iklan
"Ia lebih puas dan mengelakkan kerugian. Harga pun berpatutan, asalkan pandai memilih kedai," katanya.
Seorang pereka, Najwa Arinah Mohd Norli, 21, pula berkata, dia tetap memilih untuk membeli di kedai atau bazar kerana ingin meneliti kualiti kain, corak serta warna sebelum membuat pembayaran.
Orang ramai di sini masih memilih pembelian secara fizikal berbanding dalam talian kerana ia lebih selamat selain dapat melihat barangan tersebut secara terus.
Iklan
"Kadangkala, warna pakaian yang dilihat dalam talian berbeza apabila diterima.
"Paling seronok, kita masih boleh tawar-menawar. Walaupun ada yang mengatakan belian dalam talian lebih murah, tetapi bagi saya peniaga di kedai dan bazar masih menawarkan harga berpatutan," katanya.
Sementara itu, Asyraf Yuza, 26, yang bekerja sendiri, berkata, dia sering berdepan masalah saiz pakaian yang tersalah pilih ketika membeli dalam talian.
"Walaupun boleh membuat penukaran, ia agak leceh.
"Jika membeli secara bersemuka, lebih mudah dan selamat. Kalau tidak puas hati selepas pulang ke rumah, saya masih boleh ke kedai tersebut kerana lokasinya tidak jauh dari kediaman," katanya.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.