KUANTAN - Majlis Rekreasi Pahang (MRP) bakal menjadi platform utama dalam mempergiatkan pelaksanaan program sukan berfokus bagi memperkukuhkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat, khususnya golongan muda di negeri ini.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, majlis tersebut dinaungi oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, manakala Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bertindak sebagai penasihat.