KOTA BHARU - Penangan media sosial membuatkan peniaga yang mempunyai kedai fizikal terpaksa ‘berperang’ dengan jualan dalam talian untuk menarik perhatian pelanggan setiap kali menjelang Aidilfitri.
Seorang peniaga pakaian, Fakrul Mohd, 33, yang berniaga di tingkat dua KB Mall di sini berkata, setiap tahun trend membeli-belah di kedai semakin berkurangan apabila orang ramai lebih memilih secara dalam talian dengan alasan mudah serta jimat.