PENGANJURAN kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2020 dari 31 Mac hingga 5 April ini akan diteruskan dan tidak terjejas walaupun berlakunya penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh berkata, pihaknya akan memastikan langkah pencegahan diambil dan dilaksanakan secara proaktif."Memang kita akan ambil langkah pencegahan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pemain. Malah petang ini kita ada mesyuarat dengan Kementerian Kesihatan.