Jangan ganggu usaha pembangunan semula bandar - PM
Iklan
Anwar (tengah) melawat tapak pameran pada Majlis Peluncuran Wakaf Mara Madani sempena Sambutan Hari Mara Ke-59 di Pusat Dagangan Antarabangsa Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu mengingatkan pelbagai pihak supaya tidak mengganggu hasrat kerajaan membantu golongan miskin di bandar, dengan menganjurkan perhimpunan bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).
Beliau berkata, usaha yang dilakukan kerajaan menerusi penggubalan RUU itu bertujuan untuk membela nasib rakyat miskin yang sekian lama terpaksa menetap di flat usang dan daif dengan kapasiti satu bilik dan satu bilik air di Kuala Lumpur.
Iklan
Iklan
"Kita nak gunakan undang-undang ini untuk bangunkan semula supaya orang Melayu di bandar Kuala Lumpur umpamanya tidak hidup merempat, setelah 50 tahun, 60 tahun macam itu juga.. satu kamar (tapi) ditentang, nak buat perhimpunan.
"Saya nak beritahu mereka, jangan cabar kita. Kita nak bela nasib orang miskin, majoriti Melayu, sebahagian kecilnya India dan ada juga Cina, tapi kamu nak ganggu.
Iklan
"Kalau dia buat himpunan, kita boleh buat perhimpunan satu stadium untuk pertahankan dasar membela nasib orang Melayu,” kata Anwar ketika merasmikan Wakaf Mara Madani di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu.
Perdana Menteri turut membidas sikap pihak yang menentang rancangan pembangunan semula itu terutamanya yang menggunakan nama parti Melayu dan Islam.
Iklan
"...dan yang menentang ni orang Melayu, guna atas nama parti Melayu, parti Islam, apa dia pernah cadang untuk tolong Melayu? Tidak ada, atau cadang nak dilakukan untuk membela nasib Melayu miskin di bandar? Tidak ada.
"Sebab itu kita usulkan (rancangan pembangunan semula bandar). Kalau nak ditegur, (silakan) tegur. Nak bagi pandangan tambahan, silakan, tetapi jangan khianati usaha kita," katanya.
Anwar seterusnya mengulangi bahawa Rang Undang-undang PSB yang dicadangkan untuk dibentang di Parlimen kelak tidak akan mengubah status tanah yang terlibat, termasuk hak milik strata.
Sebelum ini beberapa media melaporkan Pemuda PAS bercadang untuk menganjurkan himpunan besar-besaran bagi membantah cadangan kerajaan memperkenalkan Rang Undang-undang itu.
Turut hadir pada majlis hari ini ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Datuk Rubiah Wang, serta Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Bernama
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT