Azeem kempunan ke pentas akhir 60 meter NCAA
Iklan
Muhammad Azeem Mohd Fahmi.
HASRAT pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi untuk ke pentas akhir saingan 60 meter (m) tidak kesampaian, selepas menamatkan saingan di tempat ketujuh Kejohanan Akhir Olahraga Dalam Dewan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Virginia, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Menurut laman sesawang kejohanan, pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2024 yang mewakili Universiti Auburn itu menamatkan saingan saringan kedua pusingan awal dengan catatan 6.61 saat (s) untuk berada dalam kedudukan ke-13 daripada 16 pelumba.
Iklan
Iklan
Hanya lapan pelumba terbaik daripada dua saringan layak ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu waktu tempatan (Ahad waktu Malaysia).
Terdahulu, pelumba berusia 20 tahun itu kembali dengan prestasi terbaik apabila memadam rekod 60m kebangsaan dengan catatan 6.56s ketika merangkul pingat gangsa Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan SEC 2025, awal bulan ini.
Iklan
Catatan itu memadam rekod lama miliknya, 6.60s yang dilakukan dalam tempoh kurang sebulan di Kejohanan Jemputan Tiger Paw di Universiti Clemson, California, AS sekali gus meletakkan dirinya dalam kelompok 10 pelari terbaik Universiti Auburn.
Sementara itu, Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard ketika dihubungi berkata, pencapaian melangkah ke kejohanan besar seperti NCAA satu petanda positif buat pelumba kelahiran Teluk Intan, Perak itu.
Iklan
"Beliau telah lakukan yang terbaik untuk mara ke final NCAA. Berlari dengan catatan 6.61s dalam acara utama adalah petanda positif untuk masa depan. Muhammad Azeem hanya ketinggalan 5/100 saat daripada kelompok lapan pelari terbaik,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>