'Tiada lagi persiapan raya sejak anak terlantar'
Iklan
Shapidah setia menjaga Mohd Zaki yang terlantar selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di kediamannya di Taman Orkid, Kluang.
KLUANG – Ketika umat Islam seluruh negara bergembira menyambut Ramadan dan Syawal setiap tahun, sebuah keluarga di Taman Orkid, di sini terus dihimpit kesedihan sejak lapan tahun lalu.
Segalanya berubah apabila seorang daripada dua anak seorang ibu tunggal hanya mampu terlantar selepas terlibat dalam kemalangan motosikal pada usia 16 tahun.
Iklan
Iklan
Kemalangan yang berlaku ketika Mohd Zaki Hanapi, 24, berkonvoi bersama rakan-rakannya ke Hutan Lipur Gunung Berlumut telah mengubah kehidupannya sepenuhnya.
Kini, dia bergantung sepenuhnya kepada ibunya, Shapidah Shahed, 49.
Iklan
Menurut Shapidah, walaupun dia masih mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan, suasana di rumah mereka tetap dirasakan suram untuk meraikan Ramadan mahupun Syawal.
"Saya hanya bergantung kepada pendapatan menjual kuih sejuk beku dan sarapan pagi. Itu pun sekadar cukup untuk menampung makanan harian kami.
Iklan
"Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula hampir semuanya digunakan untuk menanggung kos perubatan dan keperluan kesihatan Mohd Zaki,” katanya ketika ditemui pada Khamis.
Sebelum itu, keluarga terbabit menerima sumbangan barangan keperluan dapur daripada Kelab Media Kluang (KMK).
Menurutnya, tiada sebarang persiapan untuk Aidilfitri, malah berbuka puasa juga hanya dengan makanan yang dimasak secara ala kadar.
"Saya sangat berterima kasih apabila ada yang sentiasa prihatin terhadap keadaan keluarga kami serta kebajikan Mohd Zaki sejak dia mula terlantar,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>