Batik Air perluas operasi di Lapangan Terbang Subang

Iklan
Batik Air memperkukuh komitmen terhadap Pelan Regenerasi Lapangan Terbang Subang dengan rancangan meningkatkan kekerapan penerbangan dan memperkenalkan lebih banyak laluan baharu dalam beberapa bulan akan datang.

[DIKEMAS KINI] SYARIKAT penerbangan Batik Air memperkukuh komitmen terhadap Pelan Regenerasi Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) dengan rancangan meningkatkan kekerapan penerbangan dan memperkenalkan lebih banyak laluan baharu dalam beberapa bulan akan datang.

Seiring usaha kerajaan mempercepat transformasi LTSAAS juga dikenali Lapangan Terbang Subang kepada sebuah hab serantau utama, Batik Air turut menyatakan kesediaan untuk memainkan peranan penting dalam menjayakan visi tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Dr Chandran Rama Muthy berkata, dengan meningkatkan ketersambungan dan aksesibiliti, syarikat penerbangan itu berhasrat menyokong pertumbuhan lapangan terbang berkenaan sebagai pintu masuk utama bagi pelancong sama ada untuk tujuan perniagaan atau pelancongan.

"LTSAAS mempunyai potensi besar sebagai sebuah lapangan terbang bandar moden dan Batik Air komited sepenuhnya dalam inisiatif transformasi tersebut.

Iklan

Sebelumnya, pada Ogos 2024, LTSAAS merekodkan 25 peratus kenaikan dalam trafik penumpang antarabangsa dengan jumlah keseluruhan 105,000 penumpang, mencerminkan daya tarikan yang semakin meningkat serta menyumbang kepada pemulihan industri penerbangan yang telah mencapai 96.1 peratus daripada tahap prapandemik.

Pada masa sama, beliau turut menyeru kerjasama segera pihak pengawal selia penerbangan termasuk Kementerian Pengangkutan (MOT), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk mempertimbangkan mempercepat peruntukan untuk tambahan slot penerbangan di lapangan terbang terbabit.

Iklan

"Mempermudah proses ini akan membolehkan kita meningkatkan ketersambungan, memperkenal lebih banyak perkhidmatan secara efisien dan menyumbang kepada pembangunan berterusan Lapangan Terbang Subang,” katanya.

Sementara itu, sebagai sebahagian daripada strategi menyeluruhnya, peluasan ini menegaskan komitmen Batik Air memperkukuh ekosistem penerbangan Malaysia.

"Batik Air berharap untuk terus bekerjasama rapat dengan kerajaan, MAHB dan rakan industri bagi memaksimum potensi Lapangan Terbang Subang serta memastikan pengalaman perjalanan yang lancar untuk semua penumpang,” katanya.