Bas ekspres bawa 40 penumpang, dua lori kemalangan berpunca pokok tumbang

Iklan
Anggota bomba melakukan operasi mengalihkan pokok tumbang selepas kemalangan membabitkan dua buah lori dan bas ekspres. Foto Bomba

KOTA BHARU - Seorang pemandu lori penghantar barang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua buah lori dengan sebuah bas ekspres di Lebuh Raya Gua Musang-Kota Bharu, berhampiran Ladang Rakyat, awal pagi Jumaat.

Kejadian dipercayai berlaku apabila bas ekspres terbabit terpaksa membrek secara mengejut akibat pokok tumbang di atas jalan raya.

Iklan
Iklan

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Pegawai Bomba Kanan Razani Mamat berkata, bomba menerima panggilan pada jam 12.34 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Menurut beliau, seramai lapan pegawai dan anggota bomba dari BBP Kuala Krai dikejarkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan satu jentera.

Iklan

"Sebaik tiba pada jam 12.50 pagi mendapati seorang pemandu lori, Mohd Fazly Ahmad, 38, yang tersepit di dalam kenderaannya sudah dikeluarkan oleh orang awam," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Beliau memberitahu, ketika kejadian bas ekspres yang berada di bahagian hadapan melalui laluan berkenaan dan tidak sempat membrek selepas melihat pokok tumbang merintangi jalan.

Iklan

"Akibatnya, dua buah lori 10 tan termasuk lori penghantar barang yang berada di belakangnya tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang bas tersebut," jelas beliau lagi.

Bagaimanapun pemandu bas, Zaidi Noor, 52, dan pembantu pemandu, Ahmad Rozaimi Ramli, 36, serta 40 penumpangnya dilaporkan selamat manakala pemandu sebuah lagi lori lori 10 tan, P Kamalanaathan, 30, tidak cedera.

Mangsa tersepit yang cedera dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Jelas beliau, operasi turut melibatkan usaha menebang dan mengalihkan pokok tumbang yang menghalang laluan.

"Operasi tamat pada jam 1.54 pagi. Orang ramai diingatkan lebih berhati-hati ketika memandu terutama pada waktu malam dan dalam keadaan jalan yang berisiko," katanya.