Pengurus HR cipta 22 'staf hantu', gelapkan wang RM9.7 juta

Iklan
Perbuatannya terbongkar selepas jabatan kewangan firma teknologi itu menunjukkan rekod kehadiran yang sempurna, namun tiada sesiapa pernah melihatnya di pejabat. Foto Agensi

BEIJING - Seorang pengurus sumber manusia (HR) mereka 22 pekerja palsu untuk menggelapkan wang berjumlah 16 juta yuan (RM9.7 juta) dalam bentuk gaji dan bayaran pampasan.

Ningbo Evening News melaporkan lelaki dikenali sebagai Yang yang bekerja di syarikat perkhidmatan buruh di Shanghai dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pembayaran gaji di sebuah syarikat teknologi.

Iklan
Iklan

Yang mengambil peluang selepas dia diberikan kuasa tunggal berhubung pengambilan pekerja dan syarikatnya tidak melakukan semakan untuk pembayaran gaji.

Dia kemudiannya mencipta rekod pekerja bernama Sun dan memohon bayaran gaji bagi pihak individu tidak wujud itu.

Iklan

"Dia memindahkan gaji kepada kad bank yang dikawal olehnya," menurut laporan itu lagi.

Sejak 2014, dia telah memalsukan rekod 22 pekerja dan menerima bayaran gaji 'staf hantu' tersebut.

Iklan

Perbuatannya terbongkar selepas jabatan kewangan firma teknologi itu menunjukkan rekod kehadiran yang sempurna, namun tiada sesiapa pernah melihatnya di pejabat.

Siasatan akhirnya berjaya mendedahkan penipuan 'staf hantu' yang dibuat Yang selama lapan tahun.

Dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua bulan kerana melakukan penyelewengan selain dilucutkan hak politik selama setahun serta dikenakan denda.

Yang juga diarahkan untuk memulangkan dana dicuri berjumlah 1.1 juta yuan (RM671,746) dengan keluarganya memulangkan wang tambahan berjumlah 1.2 juta yuan (RM792,480). - Agensi