Warga emas rempuh kedai makan tidak mabuk

Iklan
Polis menafikan dakwaan tular kononnya remaja parah selepas dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk yang turut merempuh rumah kedai di Jalan Muar-Batu Pahat di Sungai Balang Besar, di sini, malam tadi.

MUAR – Polis menafikan dakwaan tular kononnya remaja parah selepas dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk yang turut merempuh rumah kedai di Jalan Muar-Batu Pahat di Sungai Balang Besar, di sini, malam tadi.

Penafian itu susulan satu video dengan kenyataan insiden kemalangan itu dikaitkan pemandu mabuk yang didakwa merempuh remaja sebelum dimuat naik di media sosial.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, sebaliknya kemalangan berlaku apabila kereta dipandu lelaki 67 tahun terbabas selepas dirempuh sebuah motosikal.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 9.40 malam, polis menerima laporan orang awam berhubung kemalangan membabitkan kereta dan motosikal.

Iklan

"Namun, hasil siasatan awal dan keputusan ujian mengesahkan pemandu itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Raiz Mukhliz memaklumkan kemalangan itu berlaku apabila pemandu terbabit berhenti di bahu jalan sebelum keluar untuk meneruskan perjalanan.

Iklan

"Ketika itu, sebuah motosikal yang ditunggang seorang remaja berusia 16 tahun dari arah sama melanggar bahagian sisi hadapan kereta tersebut.

"Perlanggaran itu menyebabkan pemandu kereta hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan lalu merempuh sebuah rumah kedai berdekatan,” katanya.

Beliau menambah, remaja terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan kini menerima rawatan di Hospital Muar dan pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan dipenjara tidak lebih 12 bulan selain rekod kesalahan dicatat pada lesen memandu.