Dua bangunan lama SK Klias Kecil musnah terbakar

Iklan
Bangunan lama menempatkan peralatan sekolah musnah terbakar dalam kejadian di SK Klias Kecil, Beaufort.

BEAUFORT - Dua bangunan lama yang dijadikan stor penyimpanan peralatan sekolah hangus terbakar dalam kejadian di Sekolah Kebangsaan (SK) Klias Kecil, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, sesi persekolahan sedang berjalan namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau murid yang terjejas.