Beras seludup dari India bernilai RM19,975 dirampas

Iklan
Operasi dijalankan Cawangan Khas IPK Johor bersama pegawai Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor di kawasan perindustrian Kota Puteri, Masai. - Foto IPS JBS

JOHOR BAHRU – Sebanyak 81 guni beras super import dari India yang diseludup ke negara ini dirampas dalam satu operasi khas di kawasan perindustrian Kota Puteri, Masai pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, operasi yang dijalankan dari jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang itu melibatkan sepasukan polis dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama pegawai Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan mendapati premis perniagaan tersebut gagal mematuhi syarat di bawah Peraturan 9(4), P.U (A) 624/96 Kawalan Padi dan Beras (Perlesenan Pemborong dan Peruncit),” katanya dalam satu kenyataan.

Sebanyak 81 guni beras super import yang diseludup dari India dirampas dalam satu operasi khas di kawasan perindustrian Kota Puteri, Masai, pada Rabu.- Foto IPD JBS

Menurut beliau, sebanyak 68 guni beras super import seberat 25 kilogram setiap satu dan 13 guni beras super import seberat 50 kilogram setiap satu telah dirampas, dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM19,975.

Iklan

"Seorang lelaki warga India berusia 48 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis telah diperiksa sebelum dibebaskan selepas keterangannya diambil," tambahnya.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10(1)(a) P.U (A) 624/96 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM15,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Iklan