PETALING JAYA – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Jalan PJS 4/16, Taman Medan, pada 25 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Nor Atikah Najwa Nor Asmadi pada jam 10.13 malam, 12 Mac lalu.
Iklan
Iklan
"Wanita itu mempunyai ketinggian kira-kira 155 sentimeter dengan berat 45 kilogram, berkulit sawo matang, hidung mancung, serta berambut hitam dan bertudung,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
"Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor C. S. Baalanaagan di talian 014-8882388, 013-9077904, atau 03-79662222,” ujarnya.