Banjir Raub: 11 rumah terjejas, 28 mangsa dipindahkan ke PPS

Iklan
Penduduk yang terjejas melakukan pendaftaran di PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai, Raub. - Foto APM

RAUB – Hujan lebat berterusan menyebabkan Kampung Ulu Sungai di sini dilanda banjir pada Khamis mengakibatkan 11 rumah terjejas dan 28 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub, kejadian banjir berlaku kira-kira jam 12.36 tengah malam selepas air Sungai Lipis melimpah akibat hujan lebat tanpa henti.