Polis siasat video tular insiden pergaduhan sekumpulan individu

Iklan
Video tular memaparkan insiden pergaduhan sekumpulan individu di Petaling Jaya.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan individu selepas rakaman video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi satu minit 14 saat yang dimuat naik di akaun Instagram pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Rakaman tersebut menunjukkan beberapa individu keluar daripada dua kenderaan sebelum berlaku pergaduhan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, hasil semakan mendapati satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Iklan

"Orang ramai dinasihatkan agar menjaga tingkah laku dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang.

"Kami juga menyeru masyarakat agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat atau sahih mengenai kejadian ini,” katanya.

Iklan