PGA tumpas kegiatan lombong emas haram di Rusila

Iklan
Antara alatan melombong emas yang berjaya dirampas PGA menerusi operasi Op Bersepadu Khazanah, di Kampung Lubuk Terak, Rusila, Marang, pada Selasa.

MARANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar kegiatan melombong emas secara haram di Lubuk Terak, Rusila di sini, susulan penahanan seorang lelaki menerusi Op Bersepadu Khazanah, pada Selasa.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, operasi itu bukan sahaja membawa kepada tangkapan, malah pelbagai peralatan dan jentera melombong bernilai RM1.89 juta turut dirampas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota Batalion 9 PGA dengan kerjasama Polis Kontinjen Terengganu menjalankan operasi itu sekitar jam 5 petang sebaik menerima maklumat mengenai kegiatan tersebut.

Semua peralatan dan jentera bernilai hampir RM1.89 juta turut dirampas.

"Polis telah menahan suspek serta merampas semua peralatan dan jentera bernilai hampir RM1.89 juta," katanya di sini, pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, suspek bersama semua barang rampasan telah diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Terengganu untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes tersebut disiasat dibawah Akta Enakmen Mineral Terengganu 2002 kerana melombong tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri.

Iklan

"PGA akan terus mempergiat operasi bagi membanteras kegiatan lombong haram yang boleh menjejaskan khazanah alam negara," ujarnya.