Geng pecah rumah di Johor tumpas
Iklan
Shahrulanuar (tiga dari kanan) menunjukkan barangan yang dirampas dalam operasi berkenaan.
BATU PAHAT - Empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam sindiket pecah rumah di sekitar Senggarang, Rengit dan Batu Pahat sejak Januari lalu diberkas dalam satu operasi khas polis pada 4 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kesemua suspek berusia antara 24 hingga 31 tahun itu ditahan dalam empat siri serbuan yang dijalankan bermula jam 2 petang di tiga lokasi sekitar Rengit dan Batu Pahat.
Iklan
Iklan
"Siasatan mendapati kumpulan ini menyasarkan rumah serta premis yang tidak berpenghuni sebelum memecah masuk dan mencuri pelbagai barangan berharga.
"Polis turut merampas pelbagai barang dipercayai hasil kegiatan jenayah mereka termasuk jam tangan, gelang tangan, telefon bimbit, peralatan elektrik dan tabung derma.
Iklan
"Turut ditemukan peralatan yang digunakan untuk pecah rumah seperti pemotong besi, gergaji rantai, tukul besi dan kuku kambing,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif Methamphetamine selain mempunyai 26 rekod jenayah lampau.
Iklan
"Dengan tertumpasnya sindiket ini, polis percaya telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya sembilan kes pecah rumah dan curi yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan ini.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>