Tiada penyesalan, terus berjuang cari versi terbaik diri - Zii Jia

Iklan
Zii Jia

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menamatkan kempen Seluruh England seawal pusingan pertama selepas tewas 21-19, 16-21, 12-21 kepada Angus Ng Ka Long dari Hong Kong di Utilita Arena, Birmingham pada Selasa.

Namun, di sebalik kekecewaan aksi selama 62 minit itu, Zii Jia meninggalkan gelanggang tanpa sebarang penyesalan.

Iklan
Iklan

"Bermain dengan kesakitan dan pergerakan yang terhad, saya berjuang sehingga ke penghujung. Tiada penyesalan meninggalkan Seluruh England. Usaha untuk menemui versi terbaik diri saya akan diteruskan," kongsinya di media sosial, merakamkan perasaannya selepas perlawanan.

Zii Jia, yang bergelut dengan kecederaan buku lali sejak Disember lalu, tetap menunjukkan semangat juang yang luar biasa.

Iklan

Biarpun jelas kelihatan kesakitan dan pergerakannya terbatas, pemain berusia 27 tahun dari Alor Setar, Kedah itu tetap tidak pernah berputus asa.

Bekas juara Seluruh England 2021 itu berjuang dalam setiap mata, setiap set, sehingga ke penghujung perlawanan menentang Angus, anak didik Wong Choong Hann.

Iklan

Kekalahan ini pastinya mengecewakan, terutamanya buat peminat yang mengharapkan Zii Jia mengulangi kejayaannya pada 2021.

Namun, Zii Jia memilih untuk melihatnya sebagai satu proses pembelajaran, apabila perjalanan untuk kembali ke prestasi terbaiknya masih panjang selepas insiden di Siri Jelajah Dunia Akhir pada Disember lalu.