Pengganas serang kereta api, dakwa tahanan 100 penumpang sebagai tebusan

Iklan
Kumpulan itu mendakwa anggota mereka telah menahan lebih 100 penumpang, termasuk anggota keselamatan. Foto Agensi

KARACHI (Pakistan) - Pertempuran bersenjata sedang berlangsung antara pasukan keselamatan Pakistan dan pengganas yang dilaporkan telah menjadikan lebih 100 penumpang sebagai tebusan selepas menyerang sebuah kereta api di barat daya negara itu pada Selasa.

Tentera Pembebasan Balochistan (BLA) yang diharamkan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu dalam satu kenyataan kepada media tempatan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Iklan
Iklan

Kumpulan itu mendakwa anggota mereka telah menahan lebih 100 penumpang, termasuk anggota keselamatan.

Insiden berlaku di kawasan berbukit di daerah terpencil Bolan, wilayah Balochistan apabila pengganas meletupkan bahan letupan di landasan sebelum melepaskan tembakan ke arah kereta api, menyebabkan pemandunya cedera parah, menurut seorang pegawai.

Iklan

Jurucakap kerajaan Balochistan, Shahid Rind memaklumkan kepada pemberita bahawa tentera tambahan telah dikerahkan ke lokasi kejadian, di mana pasukan keselamatan sedang bertempur dengan penyerang.

Laporan yang tidak disahkan mendakwa terdapat beberapa korban dalam serangan itu.

Iklan

BLA dan beberapa kumpulan lain telah lama terlibat dalam serangan yang menyasarkan pasukan keselamatan serta orang awam dari wilayah lain.

Mereka melancarkan pemberontakan bersenjata bagi menuntut"pembebasan" Balochistan. - Bernama