DBKL, Imigresen KL serbu penjaja tanpa lesen, tahan warga asing

Iklan
Pasukan operasi Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan tiga warga asing yang dikesan menjalankan perniagaan tanpa dokumen sah.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menggempur aktiviti penjajaan tanpa lesen dan peniaga warga asing dalam operasi besar-besaran di Jalan Damanlela, Segambut.

Dalam operasi khas itu, DBKL bertindak tegas dengan mengeluarkan sembilan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 serta satu tindakan sita terhadap penjaja yang melanggar peraturan.

Iklan
Iklan

Selain itu, menurut DBKL, satu lagi kompaun dikenakan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 bagi kesalahan berniaga di kawasan larangan.

"Mereka kini dalam siasatan lanjut dan bakal berdepan tindakan undang-undang tegas," tambahnya.

Iklan

Kesemua barangan yang disita dalam operasi tersebut telah dibawa ke Stor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk proses dokumentasi.

Kesemua barangan yang disita dalam operasi tersebut telah dibawa ke Stor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras.

Iklan

Pihak berkuasa tempatan itu memberi amaran bahawa tindakan lebih keras akan dikenakan terhadap individu yang masih berdegil menjalankan aktiviti penjajaan secara haram.

Menurut DBKL, operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan Kuala Lumpur bebas daripada penjaja haram, terutama warga asing yang mengambil kesempatan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penjajaan tanpa lesen boleh menyalurkan aduan menerusi pautan rasmi DBKL di https://adukl.dbkl.gov.my/.

DBKL turut berikrar akan bertindak tanpa kompromi bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan warga kota terus terpelihara.