UniSZA edar 1,000 Ramadan Box kepada golongan memerlukan
Iklan
Fauzilah (kanan) menyampaikan Ramadan Box pada salah seorang penerima di Masjid UniSZA, Kuala Nerus.
KUALA NERUS - Sebanyak 1,000 Ramadan Box akan diberikan kepada golongan memerlukan termasuk ibu tunggal dan keluarga berpendapatan rendah B40 di sekitar daerah ini sepanjang Ramadan.
Presiden Persatuan Staf Akademik (PSA) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Fauzilah Salleh, berkata pemberian dijalankan secara berperingkat diharapkan dapat meringankan beban bagi mereka menyambut Ramadan serta meningkatkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Iklan
Iklan
"Sepanjang Ramadan ini, kita akan mengedarkan Ramadan Box kepada 1,000 penerima secara berfasa dan ini merupakan tahun ke-11 diadakan. Ramadan Box merangkumi barangan keperluan asas antaranya beras, gula, minyak masak dan tepung.
Sumbangan makanan diedarkan kepada orang ramai di Kuala Nerus.
"Jadi, kami berharap sumbangan diberikan dapat menyemarakkan semangat berkongsi rezeki dan memperkukuh hubungan silaturahim sesama insan dalam suasana Ramadan penuh berkah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.
Iklan
Mengulas lanjut, Fauzilah berkata, menerusi program Ta’awun Ramadan 1446H: Ukhuwah Berkawah yang diadakan di Masjid UniSZA semalam, pihaknya memberi sumbangan Ramadan Box kepada dua ibu tunggal yang memerlukan sebagai simbolik penyerahan.
Orang ramai membantu memasak gulai kawah dan juadah lain secara gotong-royong.
Beliau berkata, program berkenaan mendapat kerjasama Prudential BSN Takaful, PruBSN Prihatin dan Yayasan MyPrihatin.
Iklan
Menurutnya, program itu bertujuan menggalakkan semangat gotong-royong dalam kalangan warga UniSZA dan masyarakat setempat dengan menyediakan juadah berbuka puasa secara bersama.
"Sebagai simbolik kebersamaan, seekor lembu disumbangkan pihak penganjur untuk dimasak secara gotong-royong dalam bentuk gulai kawah dan juadah.
Aktiviti memasak gulai kawah dan juadah lain secara gotong-royong.
"Kemudian, juadah dimasak dinikmati bersama dalam majlis iftar berjemaah yang berlangsung penuh meriah.
"Menerusi program itu, sesi penyampaian sumbangan Ramadan Box dan sumbangan makanan turut diadakan bagi membantu ibu tunggal dan golongan memerlukan serta sebagai tanda prihatin terhadap keadaan mereka," ujarnya.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.