Lelaki maut tersepit, kereta dipandu langgar pembahagi jalan

Iklan
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya - Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, pada Selasa.

CYBERJAYA - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya - Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 7.42 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai lapan anggota serta pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 15 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ujar beliau, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Iklan
Iklan

"Seorang lelaki berusia 49 tahun telah tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," ujarnya.