RUU Perkhidmatan Parlimen: Tun M bimbang 'orang luar' kuasai Parlimen

Iklan
Tun Mahathir

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kebimbangan Parlimen akan dikuasai kumpulan tertentu termasuk penyokong kerajaan sekiranya Akta Perkhidmatan Parlimen dikembalikan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, apabila ada 'orang luar' diambil berkhidmat di institusi tersebut, dikhuatiri akan wujud elemen pilih kasih dalam pengambilan pekerja.

Iklan
Iklan

"Jika kita kecilkan jumlah orang yang boleh berkerja dalam Parlimen, mungkin ada keperluan nak cari orang lebih baik. Jika tak dapat orang lebih baik, maka akan ambil orang luar

"Bila ambil orang luar, itu ada elemen pilih kasih, saya khuatir jawatan akan diisi oleh penyokong kuat kerajaan," katanya ketika sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 yang bertujuan mengembalikan dan menguatkuasakan semula Akta Perkhidmatan Parlimen.

Pindaan tersebut mendapat sokongan 148 ahli Parlimen menerusi undi belah bahagi, sekali gus melepasi keperluan majoriti dua pertiga.

Iklan

RUU berkenaan meminda Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 56 dan Perkara 57 dengan memasukkan Fasal baharu (5A).

Fasal tersebut menyatakan seseorang yang dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat atau Timbalan Yang Dipertua tidak hilang kelayakan memegang jawatan oleh sebab keahliannya dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan.

Peraturan tersebut perlu dengan syarat, ahli yang dipilih itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.