'Pastikan bekalan santan cukup, harga tidak melonjak menjelang Aidilfitri'

Iklan
Wan Hasrina

SHAH ALAM - Kerajaan digesa mengambil langkah segera bagi memastikan bekalan santan yang mencukupi dan harga tidak melonjak tinggi menjelang Aidilfitri ini.

Ketua Dewan Muslimat Pas Selangor, Wan Hasrina Wan Hasan berkata, harga santan yang semakin mahal berpunca daripada kenaikan harga kelapa import sejak Oktober tahun lalu yang secara tidak langsung menjejaskan peniaga dan pengguna.

Iklan
Iklan

"Bulan ini sahaja permintaan santan meningkat bagi keperluan peniaga di bazar (Ramadan) dan juga pengusaha restoran yang menyediakan juadah berbuka.

"Boleh dikatakan hampir setiap rumah wajib membeli bekalan santan untuk juadah raya," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Iklan

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan berkata, kekurangan bekalan dan kenaikan harga kelapa yang diimport dari Indonesia adalah faktor kenaikan harga santan segar secara mendadak di pasaran sejak November tahun lalu.

Selain itu, menurutnya, trend petani tempatan yang lebih cenderung menjual kelapa muda berbanding kelapa tua juga menjadi faktor kenaikan harga santan segar.

Iklan

Dalam pada itu, Wan Hasrina membidas kenyataan Mohamad dengan mendakwa kelapa muda dan tua berkenaan merupakan keperluan rakyat.

"Mohamad mendakwa petani tempatan lebih cenderung menjual kelapa muda berbanding tua kerana harganya yang lebih tinggi menjadi faktor bekalan kelapa santan berkurangan.

"Menteri tidak sepatutnya berat sebelah menyalahkan petani. Kedua-dua kelapa muda dan tua adalah keperluan dan sumber pendapatan kepada rakyat.

"Masalah ini sudah pun berlanjutan beberapa bulan," ujarnya.