Isteri maut, suami dua anak cedera

Iklan
Keadaan kereta Perodua Myvi yang terbalik dalam kemalangan berkenaan. - Foto IPD Kulai

KULAI – Wanita maut, manakala suaminya dan dua anak mereka termasuk bayi berusia empat bulan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 39.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kemalangan membabitkan Perodua Myvi dan Proton Persona.

Iklan
Iklan

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi yang dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun bersama isteri, 29 tahun dan dua anak mereka berusia empat tahun dan empat bulan hilang kawalan ketika berada di lorong kiri.

"Kenderaan itu kemudian melanggar sebuah Proton Persona dipandu lelaki tempatan berusia 32 tahun yang berada di lorong kanan.

Iklan

"Pelanggaran menyebabkan Perodua Myvi terbalik dan terbabas ke lorong kecemasan, menyebabkan penumpang wanita meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Seng Lee berkata, pemandu dan dua anaknya dibawa ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim untuk rawatan.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim dalam talian 017-7573507 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai bagi membantu siasatan.