Warga emas usia 77 tahun maut digilis bas

Iklan
Mangsa maut selepas dilanggar sebuah bas ketika melintas di Jalan Masjid Abidin berhampiran laluan masuk Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini tengah hari Jumaat.

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki warga emas maut digilis bas ketika melintas di Jalan Masjid Abidin berhampiran laluan masuk Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini tengah hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa Mat Ghani Mamat, 77, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihak polis menerima laporan daripada orang ramai yang memaklumkan kemalangan melibatkan pejalan kaki itu dengan sebuah bas pada jam 12.28 tengah hari.

"Jarak yang sangat dekat menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak dan melanggar pejalan kaki berkenaan. Mangsa disahkan maut di tempat kejadian," katanya.

Iklan

Azli berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

 

Iklan