Tambak sawah padi: MPSP sita sebuah lori

Iklan
Baderul Amin (kanan) memberi penerangan kepada Moii Lye mengenai aktiviti tanah secara haram yang dilakukan di dua lot tanah di Permatang Ara, pada Ahad.

BUKIT MERTAJAM - Majlis Bandaraya Seberang Perai (MPSP) akan mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti kerja tanah tanpa kebenaran terutama di kawasan sawah padi.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, H'ng Mooi Lye berkata, pihaknya mendapati dua lot tanah persendirian di Mukim 5, Permatang Ara, dikesan menjalankan kerja-kerja menambak tanah tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tanah tersebut dikategorikan sebagai sawah padi namun pihak berkuasa percaya aktiviti tambakan itu bukan untuk tujuan pertanian, sebaliknya bagi kegunaan lain.

"MBSP menerima aduan pertama berhubung perkara itu pada 26 Ogos tahun lalu dan hasil pemeriksaan mendapati kerja-kerja tambakan sedang dijalankan di salah satu daripada dua lot berkenaan tanpa kebenaran, yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 70A Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Iklan

Hadir sama, Datuk Bandar MBSP, Datuk Baderul Amin Abdul Hamid

Mengulas lanjut, Mooi Lye berkata, tindakan serta-merta telah diambil termasuk menyita sebuah lori yang sedang melakukan kerja-kerja tanah di kawasan terbabit.

Iklan

Katanya, satu kertas siasatan dan pendakwaan di mahkamah akan disediakan oleh MBSP mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) bagi kesalahan menjalankan kerja tanah tanpa kebenaran.

"Kami tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat.

"Pemantauan lebih ketat akan dilaksanakan bagi memastikan tiada lagi aktiviti kerja tanah akan dilakukan tanpa kebenaran di lokasi tersebut,” katanya.