Selangor kedua terbaik Liga Super, Faisal Halim kembali hatrik 'siuuu'

Iklan
Faisal (kanan) meraikan jaringan bersama Safuwan di Petaling Jaya. Foto: Selangor FC

SELANGOR FC mengesahkan status pasukan kedua terbaik Liga Super musim ini apabila membelasah Kelantan Darul Naim FC, 7-0 dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Sabtu.

Lebih menarik tiga mata diraih anak buah Kinoshi Katsuhito itu juga hadir dengan hatrik 'siuu' pemain lincah, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid Mei lalu, mengamatkan 1,293 penonton selepas menanti 447 hari.

Iklan
Iklan

Kemenangan ke-14 liga itu membolehkan The Red Giants mengumpul 46 mata menjarakkan diri dari pesaing terdekat Sabah FC, ketiga yang memperoleh 36 mata.

Sabah sebelum ini sekadar melakar keputusan seri 2-2 ketika mengadakan kunjungan ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, bagi aksi menentang Terengganu FC.

Iklan

Pada perlawanan itu, Faisal yang diturunkan dalam kesebelasan utama Selangor yang ketuai Safuwan Baharuddin meledak hatrik minit ke-13, m-47 dan m-66.

Baki jaringan dihasilkan Quentin Cheng (m-31), diikuti dua gol Harith Haiqal Adam Afkar (m-54, m-56) sebelum pemain gantian Muhammad Alif Izuan Yuslan melengkapkan kemenangan bergaya minit ke-73.

Iklan

Sementara itu, Sri Pahang kendalian Fandi Ahmad membawa keluar tiga mata dari Stadium Majlis Perbandaran Selayang selepas menewaskan PDRM FC, 3-1.

Gol Tok Gajah dijelmakan pertahanan Stefano Brundo (m-38) dan penyerang import Kpah Sherman (m-72, m-78) manakala jaringan sagu hati The Cops hadir menerusi Bruno Suzuki (m-52).

Kemenangan itu meletakkan Pahang dikedudukan ke-10 dengan 20 mata manakala PDRM pula kekal kedudukan kelapan dengan 21 mata.

Aksi Perak FC menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pula berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Keputusan itu meletakkan The Bos Gaurus kendalian Yusri Che Lah dikedudukan ketujuh manakala Negeri Sembilan bimbingan bekas pemain Perak, K Nanthakumar di tangga kedua tercorot dengan 13 mata.