Guna kemahiran pemasaran digital bantu suami

Iklan
Selain menjadi suri rumah, Danelya mengambil peluang dalam dunia pemasaran digital untuk bantu perniagaan klinik pergigian suaminya di Shah Alam.

SHAH ALAM - Seiring perkembangan pesat dunia digital, semakin ramai suri rumah menceburi bidang ekonomi secara dalam talian bagi meringankan beban suami mencari nafkah buat keluarga.

Bekas pekerja bank, Danelya Hamida Malik Hashim, 29, berkata, dia memanfaatkan kemahiran kerja dan pengalaman menguruskan pusat pendidikan untuk membantu perniagaan klinik pergigian suaminya.

Iklan
Iklan

"Saya bertanggungjawab menyelia dan menguruskan keseluruhan strategi pemasaran klinik.

"Saya juga terlibat dalam menguruskan perkhidmatan perhubungan awam dan pengiklanan melalui papan iklan untuk memperluaskan capaian dan meningkatkan pengaruh jenama klinik,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Ibu kepada bayi berusia 11 bulan itu mengakui pengurusan masa merupakan cabaran terbesar dihadapinya kerana terpaksa bekerja pada waktu malam dan hujung minggu bagi memastikan segala urusan berjalan lancar.

"Ini memerlukan ketahanan mental tinggi serta kebolehan untuk mengimbangi peranan sebagai ibu dan pengurus pemasaran klinik,” ujarnya.

Iklan

Danelya turut menasihati wanita yang ingin bekerja dari rumah agar tidak takut mencuba melakukan kerja sampingan untuk bantu keluarga.