RAMALLAH - Rejim Zionis semakin melampau dan tidak menghormati bulan Ramadan apabila ia bertindak menggempur beberapa masjid di bandar Nablus di Tebing Barat pada Jumaat ketika kempen serbuan terus diperhebatkan di wilayah berkenaan.
Agensi berita Wafa melaporkan tentera Israel menceroboh enam buah masjid termasuk An-Nasr dan al-Beik di Kota Lama tersebut pada waktu subuh dan menghalang jemaah menunaikan solat selain turut menahan tiga penduduk Palestin.