Berebut kutip telur bertaburan, penduduk tak peduli nasib pemandu lori maut

Iklan
Tangkap layar menunjukkan orang ramai mengambil telur ayam yang terjatuh di tepi jalan.

JAKARTA - Puluhan penduduk berpusu-pusu mengutip telur ayam yang bertaburan di jalan raya selepas sebuah lori yang membawa muatan terbabit terbalik akibat hilang kawalan berhampiran kawasan wilayah Sumatera Utara Ahad lalu.

Rakaman kejadian pada waktu siang yang dimuat naik di TikTok memaparkan penduduk menggunakan plastik dan baldi untuk mengaut telur yang masih elok, sehingga mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan perbuatan berkenaan tidak berperikemanusiaan.

Iklan
Iklan

Lebih menyayat hati, mereka seolah-olah tidak mempedulikan keadaan pemandu lori itu yang mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital di sini, tidak lama kemudian.

"Jijik melihat sikap warga setempat. Sikap orang miskin dan miskin adab,” kata salah seorang pengguna media sosial.

Iklan
Iklan

Sehingga kini, masih tiada laporan mengenai tindakan lanjut oleh pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan.