IPOH - Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta menahan tiga individu termasuk dua warga Myammar di sebuah kilang di Simpang Ampat, Pulau Pinang tiga hari lepas, yang dipercayai menjalankan aktiviti kitar semula sisa elektronik (e-waste) tanpa lesen dengan nilai rampasan RM106.7 juta.
Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, hasil pemeriksaan mendapati kilang tersebut telah beroperasi tanpa sebarang lesen mahupun surat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), serta menggajikan dua pekerja warga asing termasuk seorang wanita yang tidak memiliki dokumen yang sah.