Masjid di Melaka tak wajib sedia juadah berbuka

Iklan
Tangkap layar tular oleh individu yang mendakwa tidak diberikan juadah berbuka di sebuah masjid di negeri ini. Rahmad (kiri).

MELAKA - Juadah berbuka yang disediakan di masjid dan surau negeri ini atas inisiatif pihak pengurusan itu sendiri dan bukannnya arahan wajib yang dikeluarkan majlis agama negeri.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman berkata, kerana itu tidak semua rumah ibadah menyediakan kemudahan tersebut dan ia bergantung kepada kewangan pihak pengurusan masjid berkenaan.

Iklan
Iklan

"Mungkin ada yang kewangan mereka terhad jadi juadah berbuka puasa itu hanya disediakan kepada pegawai syarak bertugas atau dihadkan kepada sekitar 10 hingga 20 orang jemaah sedia ada sahaja.

"Terpulang kepada masjid, tapi jika jemaah yang datang itu seorang dua, mustahil mereka tidak dialu-alukan kecuali jika bilangannya sehingga 20 atau 30 orang kerana juadah mereka terhad," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas tular tangkap layar seorang individu yang tidak berpuas hati dan mendakwa sebuah masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek tidak memberikan juadah berbuka puasa kepada orang luar ketika dia datang ke masjid berkenaan bersama keluarganya pada Khamis.

Individu itu mendakwa wujud 'pilih kasih' dalam pemberian juadah berbuka apabila ia hanya disediakan untuk imam, bilal dan ahli jawatankuasa masjid sahaja serta tidak melibatkan orang luar sedangkan ia adalah duit rakyat.

Iklan

Ujar Rahmad, tidak wujud berlaku pilih kasih dan individu itu boleh pergi ke masjid lain yang sememangnya menyediakan juadah berbuka kepada orang ramai tanpa mengira peringkat umur.