KUANTAN - Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang menawarkan ‘Bantuan Ramadan’ kepada orang ramai.
Kesultanan Pahang menerusi hantaran di Facebook memaklumkan terdapat satu tawaran ‘Bantuan Ramadan’ yang tersebar di aplikasi TikTok, menggunakan nama @tpafzanaminahafidzatul menyatakan bantuan bernilai RM1,000 akan diberikan kepada orang ramai.