[VIDEO] Penguat kuasa diugut tauke sindiket e-waste

Iklan

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan ada pegawai yang menjalankan tindakan penguatkuasaan membabitkan sisa elektronik (e-waste) di negara ini diperas ugut.

Menurutnya, antara ugutan yang diterima ialah rakaman aktiviti anak mereka ketika berada di sekolah.

Iklan
Iklan

"Isu e-waste ini memang serius. Saya dapat maklumat, ada pegawai kita yang tengah buat penguatkuasaan e-waste, dapat panggilan video daripada tauke besar yang menjadi dalang.

"Bagaimanapun, Alhamdulillah, dengan kerjasama semua pihak, kita lihat di peringkat kastam misalnya yang berkawal di pintu masuk negara kita. Bilangan kontena yang ditahan meningkat dengan banyak apabila pada tahun 2019, negara China telah mengetatkan kemasukan e-waste ke sempadan mereka,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Iklan
Nik Nazmi Nik Ahmad. Foto Bernama

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) tentang tindakan kawal selia yang dibuat susulan operasi besar-besaran terhadap kilang e-waste.

Tambah Nik Nazmi, pada 2018, kastam telah berjaya menahan satu kontena e-waste dan meningkat kepada 34 kontena pada 2019, 2020 (23), 2021 (11), 2022 (110, 2023 (32), 2024 (329).

Iklan

Setakat Februari tahun ini katanya, pihak berkuasa sudah menahan 15 kontena e-waste.

"Peningkatan besar itu bukan bermaksud dulu tidak berlaku, tapi Alhamdulillah dengan kerjasama pihak kastam dan tapisan yang dibuat di sempadan dengan lebih baik dan gerakan bersepadu.

"Kita juga bekerjasama dengan badan bukan kerajaan yang ada maklumat kapal yang bergerak, misalnya dari negara-negara maju membawa sisa-sisa ini, kemudian kita bertindak secara bersama.

"Itu yang kita dapat tahan 329 kontena pada tahun lepas. Sebab itu saya nak ucapkan penghargaan kepada semua pihak berkuasa yang telah terlibat dalam satu tugas yang sangat mencabar,” jelasnya.