Malaysia perlu hati-hati dalam hubungan dengan AS - Tun M

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menempelak rakan sejawatannya dari Ukraine, Volodymyr Zelensky ketika pertemuan di Rumah Putih baru-baru ini jelas menggambarkan keburukan diplomasi negara kuasa besar dunia berkenaan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pertama kali dalam sejarah diplomasi juga apabila 'tuan rumah' meminta seorang pemimpin utama negara untuk meninggalkan majlis yang dihoskan olehnya.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, Dr Mahathir yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi menggesa Malaysia untuk lebih berhati-hati mengenai hubungan dengan negara berkenaan.

"Peristiwa ini menggambarkan keburukan diplomasi AS. Kita perlu berhati-hati dalam hubungan kita dengan AS," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Rabu.

Iklan

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, pertemuan antara Zelensky dan Trump di Rumah Putih berakhir dengan ketegangan apabila kedua-dua pemimpin itu saling bertikam lidah secara terbuka mengenai konflik Ukraine-Rusia.

Pertemuan yang diadakan pada Jumaat itu bertujuan untuk memperkukuh sokongan AS terhadap Ukraine dalam menghadapi pencerobohan Rusia yang berlaku tiga tahun lalu.

Iklan

Namun, suasana bertukar tegang apabila Trump secara terbuka mempersoalkan pendirian Zelensky dalam rundingan damai.