Lapan penumpang cedera nahas bas ekspres dengan treler muatan besi

Iklan
Anggota bomba memberikan rawatan kecemasan.

KLUANG - Seramai lapan penumpang termasuk seorang warga emas sebuah bas ekspres cedera setelah kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 62 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan awal pagi Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Simpang Renggam, Penguasa Bomba Kanan 2 Khas Untuk Penyandang (KUP), Maznan Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasn pada jam 6.45 pagi.

Iklan
Iklan

Menurut, sebaik menerima panggilan tersebut, satu pasukan keluaran operasi melibatkan dua jentera Fire Rescue Tenderserta 10 anggota dari BBP Renggam dan BBP Kulai bergegas ke lokasi kejadian sejauh 38 kilometer.

"Terdapat sembilan mangsa keseluruhannya. Empat mangsa cedera dan tersepit di dalam bas, melibatkan dua lelaki berusia 44 dan 23 tahun serta dua wanita berusia 25 dan 30 tahun.

Iklan

"Empat lagi mangsa iaitu dua wanita berusia 33 dan 35 tahun serta dua lelaki berusia 44 tahun dan seorang warga emas lelaki berusia 73 tahun cedera, namun tidak tersepit dan telah keluar sendiri sebelum pihak bomba tiba," katanya.

Beliau berkata, pemandu treler berusia 51 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan

Iklan

"Operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa yang tersepit melibatkan penggunaan peralatan khas, sebelum kesemua yang cedera diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut.

"Operasi ditamatkan pada jam 8.36 pagi," katanya.