Tak wajar label segelintir umat Islam sebagai 'pelancong Ramadan'

Iklan
Gambar hiasan. Foto Bernama

SUDAH empat hari umat Islam di negara ini menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.

Suasana yang paling menyeronokkan ialah masjid-masjid dipenuhi dengan orang ramai yang pada setiap waktu solat terutama ketika tarawih.

Iklan
Iklan

Ini kerana pada bulan Ramadan kita dianjurkan supaya memperbanyakkan amalan ibadat bukan sahaja untuk meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, malah mahu mendapat keampunan dan keredaan ALLAH SWT.

Namun yang tak enaknya ialah ada pihak melabelkan segelintir umat Islam yang hanya muncul ketika bulan puasa sebagai 'pelancong Ramadan'.

Iklan

Istilah tersebut bukan sahaja menggores hati dan perasaan malah boleh menyebabkan umat Islam menjauhi masjid.

Memang pada hakikatnya pada bulan-bulan lain kita dapati masjid dan surau tidak dipenuhi dengan jemaah tetapi bertukar menjadi meriah pada bulan Ramadan.

Iklan

Ini adalah fenomena lumrah yang berlaku pada setiap tahun dan masjid akan berkurangan jemaah dalam tempoh dua minggu sebelum hari raya.

Tetapi mungkin dengan tarbiah yang dilakukan pada bulan Ramadan akan menjentik hati ramai umat Islam untuk terus istiqamah untuk terus mengimarahkan masjid dan surau.

Jadi seeloknya kita tidak berburuk sangka dengan sesiapapun sebaliknya menggunakan peluang ini untuk mendoakan agar hati dan jiwa umat Islam yang sebelum ini culas ke masjid tetapi akhirnya berubah untuk mencintai rumah ALLAH itu.

Semoga pada tahun ini, segala amalan-amalan yang kita lakukan akan diterima oleh ALLAH SWT dan mendapat kebaikan kepada kita.

Hapuskan segala sengketa dan kebencian supaya kita menjadi umat Islam yang bertakwa kepada ALLAH SWT. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.