Jemaah tarawih dapat hadiah cabutan bertuah

Iklan
Salah seorang jemaah bertuah berjaya membawa pulang sebuah mesin basuh. Foto Agensi

MAROS - Sekumpulan jemaah memenangi hadiah cabutan bertuah ketika menunaikan solat tarawih menjadi tular di media sosial.

Pelbagai hadiah termasuk mesin basuh dan televisyen diberikan pihak Masjid Hanna Samsiah di Desa Marumpa, Kecamatan Marusu, Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan di Indonesia.

Iklan
Iklan

Menerusi klip yang menjadi tular itu, beberapa jemaah di barisan hadapan dilihat sedang menggoncang nombor cabutan bertuah.

Camat Marusu, Syamsul Idrus mengesahkan berita itu dan menjelaskan tradisi tersebut telah dilakukan sejak tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Menariknya, hadiah utama pada Ramadan 2024 adalah pakej umrah.

"Tahun ini, cabutan bertuah itu menawarkan lebih banyak 'doorprize' selain pakej umrah buat para jemaah tarawih," ujarnya sambil menambah hadiah itu diberikan pemilik masjid berkenaan yang juga pengusaha agensi pelancongan umrah. - Agensi